Showing posts with label MY RAYYAN. Show all posts
Showing posts with label MY RAYYAN. Show all posts

Sunday, 19 May 2013

31st is Awesome!



Alhamdulillah....


Bulan Mei seringkali dinanti-nantikan setiap tahun,umur menginjak ke angka 31,wow! Syukur masih diberi peluang membetulkan diri dan melakukan sesuatu di bumi Allah ini,apa yang sangat menggembirakan saya dan Rayyan (my son) berkongsi birthday yang sama.Tak la pening bapanya nak arrange birthday party,leh sekali sambut kekekeke...

Apa yang saya perlukan di umur 31? Terlalu banyak dan sedikit demi sedikit saya mengatur langkah untuk menjadikan segala impian menjadi kenyataan.Walaupun lewat,sekurang-kurangnya langkah kecil itu terus melangkah tanpa henti.Alhamdulillah hidup saya dikelilingi insan-insan yang penyayang dan sentiasa positif dalam mengharungi hidup.Latar belakang berbeza tapi isinya serupa.Aura positif sering dekat pada diri dan YES,itulah yang saya mahukan!

Terima kasih atas segala ucapan dan doa dari anda semua,family and friends,tak kira jauh mahupun dekat,sungguh tak tercapai dengan segala kata.Apatah lagi ucapan tersebut juga untuk si kecil Rayyan,pastinya kami sangat gembira dapat menyambutnya bersama.

Buat suami tercinta Aleef Samuel,tiada kata yang dapat diungkapkan tentang perihal kebaikan kamu.Hanya Allah yang mampu membalasnya.Segala susah senang kita harungi bersama tanpa ada pun sedikit penyesalan malah kita bersyukur Allah menguji kita sehingga tahap ini kerana kita mampu,bersyukurlah menjadi insan yang terpilih.Hadiah tak memberi makna apa-apa,silih tahun bakal berganti,hadiah kita yang kekal adalah Rayyan,insan yang perlu kita siapkan untuk masa akan datang.Sama-samalah kita mencoraknya.In shaa Allah.


Last but not least...


'For my birthday I want world peace,to end hunger and pain,to end global warming,to end racism,for people not to judge others by the outside,for all ages,colors,races and other differences to never matter,for everyone to have same opportunities for all,to live in a world where money has no value, where equality and understanding is an everyday experience. For my birthday I want the impossible'

Thursday, 7 February 2013

My Little 'SON' Flower...



Dear Aleef Rayyan,




You came from HEAVEN..so sweet! A precious bundle of joy and here on Earth we finally meet. You're beautiful BABY BOY! Some people said you look like your DAD, some think you look like ME,but either way for us its OK,you're all the we hoped you would be, now every night before we sleep, we thank to Allah for sending us a special GIFT from Jannah that fills our home with love...Here you're Rayyan,we love you so much, may your life be filled with beautiful sunsets, great waves and sand between your toes,Allah Bless You Aleef Rayyan bin Aleef Samuel











Happy 9 monthsary Aleef Rayyan!






LVOE,


DADDY & MOMMY

Monday, 5 November 2012

Bertiga lebih sempurna...


Almost a month tggu result EG Tukar,finally 3 November penantian bukan lagi penyiksaan malah bertukar menjadi DUKA,siapa yang suka akan DUKA? NOBODY! Sekali lagi berdepan dengan perkataan DUKACITA amat menyakitkan!!! Permohonan bersama suami untuk berpindah lebih dekat dengan Rayyan menjadi harapan yang tinggal harapan...PERMOHONAN ANDA TIDAK DILULUSKAN!


Atas sebab apa? Atas alasan apa? Perlu jawapan...tapi realitinya...ITULAH! Kami mohon berpindah bukanlah ke sekolah bandar yang kami sendiri sedia tahu,TIDAK AKAN DAPAT memandangkan tiada kekosongan. Kami memohon untuk ke sekolah pedalaman dan luar bandar Sibu bagi memudahkan kami dekat dengan anak tetapi sekali lagi kami dikecewakan. Pada mulanya,aku da mengagak akan keputusan ini,tapi di hati masih penuh dengan harapan.Bila melihat paparan keputusan,airmataku mengalir tanpa henti,terbayang wajah anak yang sangat disayangi,macam mana kami nak melaluinya? Bukan kami tak boleh bawa dia ke sini,tapi keadaan di sini cukup susah dan sangat kurang,cukup la kami berdua merasa kesulitan tu,takkan nak heret anak sekali? Cukuplah masa mengandungkan Rayyan dulu aku membawa perut ni turun naik bot hampir 12jam,melalui jalan balak yang sangat teruk dan pastinya halangan sentiasa ada.Mampukah aku nak biarkan Rayyan melaluinya sekali lagi? Terasa seolah-olah kami bukan parents yang baik pada Rayyan,as a parents adalah tanggungjawab kami untuk menyediakan yang sebaiknya untuk anak,malangnya kekangan masa dan keadaan menghalang kami berbuat demikian, apa yang lebih menyakitkan Rayyan semakin membesar dan sebagai parents pastinya banyak moment yang perlu kami rakam sebagai kenangan,tapi....NOTHING! Sangat banyak masa yang terbuang dan kami terlepas pandang akan perkembangan anak,sekadar mengetahuinya dari mertua saja...Rayyan da pandai macam ni,Rayyan da pandai macam tu...hati mana yang tak sedih??? But,what to do? NOTHING again!


Apa pun,Allah is the BEST PLANNER,hanya mampu redha dan tawakal dengan segala keputusan dan pastinya USAHA berterusan,orang kata BERDUA LEBIH BAIK,tapi bagiku BERTIGA LEBIH SEMPURNA...Bersabarlah wahai hati,sungguh suci hati insan yang bersabar dengan setiap dugaan,maybe ada di luar sana lebih hebat dugaannya,apalah sangat dugaanku yang sekecil zarah ini,manusia yang sabar bila diuji adalah sebaik2 manusia,sesungguhnya bersyukurlah kepada diri kamu sekiranya kamu diuji,ujian yang diberikan tandanya Allah sayang pada kita...


Monday, 6 August 2012

Rayyan turns 3months!

Alhamdulillah, August 1st, Rayyan da 3bln dgn berat 6.4kg dan ketinggian 62cm! You're so adoreable baby!

Ibu mana yg tak rasa terhiris hatinya bila berjauhan dgn anak yg masih baby lg,rs sentap di hati bila terpaksa melalui semua ni,pendek kata...sedeyyyyyyyy...Nasiblah Rayyan anak yg baik dan tak byk ragamnya,maybe dia phm keadaan parents nya yg bertugas jauh d luar pedalaman...

Nak dijadikan cerita,Rayyan di usia kandungan 5bln lg dia da melalui perit hidup coz tpaksa 'mengangkut' dia ke sana ke mari,turun naik boat 12jam,ikut jln kayu balak yg sgt teruk,berhujan berpanas d kwsn pedalaman,segalanya menuntut kesabaran,ms tu rasa bersalah sgt pd Rayyan sbb dia terpaksa melalui segala kesukaran ni,mest org akan bertanya...

"sanggupnya ko pegi jauh2 mengajar...."

Ya,sanggup! Itu yg paling utama sbb niat da set awal2,takdir seorg GURU,sekolah byk 'cawangan' nya..sethn I posting d sekolah bdr (Lahad Datu),berjauhan dgn suami,every month fly to Sibu,fly on Friday then balik on Sunday..penat tak? Allah sj yg tau...Turun naik flight mcm da jd rutin dlm hidup,tak kisah la,janji dpt jumpa dgn suami,that time pulak tgh pregnant,redah je org ckp! Rs bersyukur sbb Guru Besar time tu sgt prihatin dgn keadaan I,dia atur semua jadual utk I fly every month ke Sibu,mana nak dpt GB mcm tu,TQ so much! Hanya Allah yg dpt membalasnya...

Pengalaman berbulan2 turun naik flight akhirnya dpt good news pd 31 December 2011...

"Tahniah Cikgu Rohayah,perpindahan anda ke Sarawak diluluskan"

Ya Allah,akhirnya! Rezeki anak...dpt stay dekat dgn suami,then dpt pulak tau satu sekolah dgn hubby,lg la rs bersyukur,even jauh d pedalaman,I tak kisah,janji dpt bersama,tu lebih dr memadai...yg susah pun jd senang! mcm2 pengalaman dilalui sepjg berada di rantau org,for me...its OK,never give up! I ada great husband yg sama2 susah dan senang..and the most...I ada Rayyan yg sgt2 comel!

NOW,Rayyan semakin membesar,pengorbanan km suami isteri terlalu byk demi melihat anak dpt hidup senang..terpaksa berjauhan utk make sure Rayyan dpt tempat yg selesa...Alhamdulillah,menahan kerinduan pd Rayyan sgt manis utk dikenang...




To our luvly Rayyan..momy and daddy luv u so much! Grow like a CHAMPION baby!

Saturday, 16 June 2012

'Aleef Rayyan Aleef Samuel'


31 Mei 2011,hidup kami bermula,penyatuan dua hati,cincin sebagai pengikat kasih,inilah bukti cinta kami berdua...31 Mei 2012 genap setahun usia perkahwinan kami,bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana diberikan kebahagiaan yg tidak terhingga,setahun berlalu...cinta kami makin utuh dan Alhamdulillah segala kepayahan kami dapat harungi bersama,itulah kuasa cinta,hanya MATI memisahkan kami...Perkahwinan ini diserikan lagi dengan kehadiran anugerah Allah yang tidak ternilai pada 1 Mei 2012 (sama date bday dgn aku),lahirnya bukti cinta kami ke dunia ini dan si comel itu diberi nama ALEEF RAYYAN...wpun aku terpaksa melalui ceaserian,but its ok,apa yang penting baby lahir dgn selamat..hanya Allah saja yang mengetahui perasaan ku waktu itu,namun suami tetap menemani di sisi sehinggalah proses pembedahan tamat,dia memberikan ku semangat wpun pd waktu itu degupan jantung ni seakan turun naik dibuatnya..Ya Allah,sukar utk aku gambarkan...the best part??? tadddaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..sempat lg kami posing ok!


Photo taken by: Doctor Bius time tuuu..TQ doc! U did a great JOB! 

Dengar je suara budak comel tu nangis,Ya Allah,itu ke dia??? perasaan ni rasa mcm nak bgn dr katil bedah tu..trus nak capai baby tu..(mengarut je kan) hihihihihihi...sabar sabar sabar! da settel smua baru la dpt jumpa baby tu..makkkk aiiii..pehal mata sepet ni???? hahahahahaha..more story to come! Stay tune! lalalalalalalalalalalala (sory lambat hapdet blog..maklumlah mommy bz)

XOXO!


Tuesday, 13 September 2011

'MIRACLE'

Wow! Almost 2 months tak update this blog,macam2 hal yang agaknya terlepas pandang untuk dikongsi bersama,sama ada kesedihan atau kegembiraan.Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kita masih lagi berada di bulan Syawal,masih mood raya lagi just terpaksa hold sebentar untuk menyambung tugas2.Buat pertama kalinya aku beraya sebagai seorang isteri dan ini juga merupakan raya pertama buat suamiku Aleef Samuel,sungguh tak terkata kebahagian yang kami rasakan,dpt beraya bersama dengan keluarga,walaupun agak sederhana tapi tahun ni lain dari yang lain.Alhamdulillah,suami dapat menjalankan ibadah puasa dengan baik,walaupun tak sesempurna mana,tapi bagi pertama kali melaluinya seharusnya aku berbangga! Tahniah B!

Abis pasal raya,kali ini aku nak berkongsi moment yang tak mungkin aku lupakan sampai bila2.Perubahan pada diri mula terasa,akhirnya aku mengambil keputusan untuk buat PREGNANCY TEST,syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT dengan rezeki yang diberikan olehnya d bulan Syawal ini,I'm pregnant!!!!!! Setelah dapat result tu,orang pertama yang aku hubungi tak lain tak bukan DADDY kpd bakal baby yang lahir ni,of course my hubby! Dia sgt terkejut dan tak sangka dengan semua ni,sesungguhnya tiada ayat yang dapat menggambarkan perasaan kami,syukur Ya Allah...Kini usia kandungan 5 minggu lebih kurang sebulan lebih,Insyaallah semuanya akan baik2 saja.Sebagai seorang guru sememangnya tanggungjawabku amat besar,aktiviti hujung tahun sangat2 banyak,tapi kandungan tetap menjadi keutamaan,maklumlah 1st baby.kekekeke.Tapi tu bukan alasan untuk aku lari dari tanggungjawab,KEJA TETAP KEJA!

Hurmmmm,rasanya itu saja buat masa ini,soal morning sickness ke,apa ke,rasanya aku belum mengalaminya lagi,tp demam2,pening2,flu,batuk2 perkara biasa lah,comfirm dapat punya,buat rakan2 di luar sana yang bakal jadi ibu,jaga diri baik2,jaga kandungan baik2,pesanan ini sememangnya untuk diriku jugak...kekekekekeke,Terima Kasih Ya Allah dengan keajaiban ini...

Muaaaahhhhhxxx!!!!!