Wow! Almost 2 months tak update this blog,macam2 hal yang agaknya terlepas pandang untuk dikongsi bersama,sama ada kesedihan atau kegembiraan.Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kita masih lagi berada di bulan Syawal,masih mood raya lagi just terpaksa hold sebentar untuk menyambung tugas2.Buat pertama kalinya aku beraya sebagai seorang isteri dan ini juga merupakan raya pertama buat suamiku Aleef Samuel,sungguh tak terkata kebahagian yang kami rasakan,dpt beraya bersama dengan keluarga,walaupun agak sederhana tapi tahun ni lain dari yang lain.Alhamdulillah,suami dapat menjalankan ibadah puasa dengan baik,walaupun tak sesempurna mana,tapi bagi pertama kali melaluinya seharusnya aku berbangga! Tahniah B!
Abis pasal raya,kali ini aku nak berkongsi moment yang tak mungkin aku lupakan sampai bila2.Perubahan pada diri mula terasa,akhirnya aku mengambil keputusan untuk buat PREGNANCY TEST,syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT dengan rezeki yang diberikan olehnya d bulan Syawal ini,I'm pregnant!!!!!! Setelah dapat result tu,orang pertama yang aku hubungi tak lain tak bukan DADDY kpd bakal baby yang lahir ni,of course my hubby! Dia sgt terkejut dan tak sangka dengan semua ni,sesungguhnya tiada ayat yang dapat menggambarkan perasaan kami,syukur Ya Allah...Kini usia kandungan 5 minggu lebih kurang sebulan lebih,Insyaallah semuanya akan baik2 saja.Sebagai seorang guru sememangnya tanggungjawabku amat besar,aktiviti hujung tahun sangat2 banyak,tapi kandungan tetap menjadi keutamaan,maklumlah 1st baby.kekekeke.Tapi tu bukan alasan untuk aku lari dari tanggungjawab,KEJA TETAP KEJA!
Hurmmmm,rasanya itu saja buat masa ini,soal morning sickness ke,apa ke,rasanya aku belum mengalaminya lagi,tp demam2,pening2,flu,batuk2 perkara biasa lah,comfirm dapat punya,buat rakan2 di luar sana yang bakal jadi ibu,jaga diri baik2,jaga kandungan baik2,pesanan ini sememangnya untuk diriku jugak...kekekekekeke,Terima Kasih Ya Allah dengan keajaiban ini...
Muaaaahhhhhxxx!!!!!
No comments:
Post a Comment