Berkahwin dgn insan yg bernama Samuel adalah satu perkara yg paling indah dlm hidup,kami berkenalan semasa sm2 menuntut di Institut Perguruan Kampus Tawau,dr seorg sahabat,akhirnya kami jd pasangan kekasih,wlu pun mcm2 dugaan yg kami lalui,kami tak pernah kisah,Alhamdulillah,keluarga kedua2 pihak sgt memahami dan membuka JALAN itu seluas2 nya utk kami membina kebahagiaan..1 May kami mengikat tali pertunangan,tarikh dipilih sempena my bday! Moment tu mmg tak leh nak lupa,then berkahwin pada 31 May...
Menjalani kehidupan sbg suami isteri mmg best,ke mana sj ada suami,benar org kata,bila kt ni bina MASJID..hidup pn sgt bermakna,tp apa kan daya...tu just sementara! Kami terpaksa berpisah demi tugas,yaaa..tugas sbg GURU menuntut byk pengorbanan..aku posting di Lahad Datu,Sabah manakala Samuel pula nun jauh d pedalaman Belaga Sarawak,hati mana yg tak risau bila terpaksa berjauhan dgn suami,klu la dpt SMS/CALL suami tiap hari ok jugak,ni tak..takda langsung network! Ada schoolnet pn mcm cukup2 makan,klu dapat pun kira nasib la..rs nak nangis tiap hari bila kdg2 tak dpt nak contact suami berhari2,mmg sgt diduga time tu,klu Samuel dpt contact pn dia tpaksa bjalan kaki slama 20min utk smpi d klinik kesihatan yg berdekatan..bayangkan??? Dpt call pun tiap 5min terputus talian..Ya Allah..tp hati masih mampu bertahan...
Sepanjang berjauhan dgn suami,boleh dikatakan every month akan fly ke Sibu utk berjumpa,kdg2 sampai twice! Penerbangan pergi blk LD-KK-SIBU..back to back pun around RM700-RM800..try kira if every month? Try kira if twice? Rasanya da leh beli mcm2..tp money doesnt matter! Alhamdulillah masa tu ada Guru Besar yg sgt2 memahami keadaan hidup ada family ni,mmg jasanya sgt2 dikenang,tak pernah lupa segala kebaikan yg beliau berikan...
Bulan 9 dpt good news! I'm pregnant! Ya Allah,hati mana yg tak happy..tp dlm masa tu gak sedih sbb jauh drpd Samuel,berpikir how to live without him??? Time preggy tu jugak aku turun naik flight,but before that memang da minta advise from doc,then doc said,nothing to worry,you can travel wherever you want! Just enjoy! Sapa tak takut kan..coz ni 1st baby,satu2 nya HARTA yg paling berharga dlm hidup kami...memang rs sgt letih bila terpaksa mcm ni every month..upsss..mesti korang da bayangkan napa bukan Samuel je yg dtg ke Sabah??? Ni jawapannya..perjalanan Samuel utk kluar dr sekolah da makan masa sehari..if dia nak fly ke Sabah hari Jumaat,means seawal subuh Khamis tu dia da kena bertolak naik boat ke Sibu..Khamis kan waktu persekolahan..tak mungkin sama sekali utk dia kluar melainkan hari cuti! If dia fly ke Sabah on Friday,Saturday da kena blk Sibu coz Ahad da kena masuk ke sekolah..can u imagine??? Dtg Friday then tomorrow da balik??? Thats why aku yg berkorban dr segi masa..no regret!
Sepanjang cuti persekolahan hjg tahun aku berada di Sibu,spend time dgn Samuel,time tu kandungan da 5bulan..end of December dpt good news from KPM yg aku dpt berpindah ke Sarawak mengikut suami,masa tu...Ya Allah...rs bersyukur sgt2,menitis airmata ni bila flashback blk segala kesusahan yg dilalui semua ni,rezeki baby time tu..FINALLY! Tp masa tu just hanya negeri yg ditempatkan..persoalannya d mana tempat posting tu still loading lg,hanya mampu tawakal..tak kisah la mana pun..janji dekat dgn Samuel..then try call JPN Sarawak utk tau tmpt posting..tup tup..SK ABUN MATU,BELAGA..what? where? Mmg tak dpt nak handle time tu..terpikir mana tempat tu??? Tp da tgk perkataan BELAGA tu..oh myyyyy..satu daerah/PPD dgn Samuel..bezanya sekolah je...Aku ditempatkan d sekolah tu dgn alasan tmpt tu ada klinik..bila Samuel tau tmpt tu..dia da nangis sebab pikirkan aku yg tgh mengandung masa tu terpaksa melalui semua ni..aku just ckp dgn Samuel..'its OK,syg terima semua ni,janji syg dekat dgn abg and anak kt dpt dekat dgn daddynya..lain2 hal syg tak kisah..andai kata anak ni rezeki kita..Insyaallah'..Samuel mmg sgt2 sedih,aku nak nangis pun tak mampu coz antara kami kena ada yang kuat..kena ada yg positif,dlm ms tu aku sedar,d usia kandungan nak masuk 6bln sekali lg aku d duga dan dihantar jauh d pedalaman Sarawak..tp dlm hati berkata..MUSTAHIL ALLAH menguji aku d luar kemampuanku..sememangnya aku mampu!
Samuel tak dapat nak terima bila tahu aku dihantar jauh ke tempat tu dlm keadaan yg tgh pregnant..then kami usaha pergi ke Kuching utk membuat pertukaran memandangkan keadaanku yg makin sarat,mana mampu aku nak melalui perjalanan sejauh tu dgn menaiki bot..try utk positif kan diri! Sampai je d JPN Kuching dan berjumpa dgn org yg sepatutnya..mcm2 ayat kami dilemparkan..satu ayat yg masih terkesan dlm hati ni smpi skrg...'Sebab tu la saya tak suka org pmpn jd cikgu sbb balik2 mengandung'..what???? Tak ke dia pkr dia lahir ke dunia ni sbb PEREMPUAN? Ibu dia bkn PEREMPUAN ke? Adik? Kakak? Memang aku rs tercabar dgn apa yg dia katakan! Jadi GURU totally bukanlah my choice,my parents nak sgt ada anak dorg jd CIKGU and absolutely ME! But I dont care,jd CIKGU la aku berjumpa JODOH dgn Samuel and I never regret! Semakin lama jd CIKGU,I'm in love with this JOB..then bila dgr kata2 HAMBA ALLAH tu...rasa dia tak pernah bersyukur! Oh ya..maybe dia pernah melalui..its OK! Last ayat dr dia..'U nak pegi Belaga or u go back to Sabah'...Aku menerima cabaran itu..nak dijadikan cerita aku pulak mencabar dia..ok,saya akan pergi ke Belaga dgn syarat suami saya dipindahkan ke sekolah yg sama..Akhirnya,PPD bersetuju utk pindahkan Samuel ke sekolah yg sama dgnku dgn alasan aku perlukan penjagaan suami...(Alhamdulillah)
15 Jan 2012,bertolak ke Belaga seawal jam 5.45am dr bandar Sibu,tiba di Belaga sekitar jam 4pm..can u imagine??? Almost 12hrs dlm boat..Ya Allah,segala sakit aku rasa,tp hanya mampu bersabar dan bertahan,saat tu jugak kali pertama aku melalui jeram Pelagus yg sgt bahaya utk dilalui,dalam hati hanya berdoa supaya perjalananku ke sana dipermudahkan Allah..Tiba di pekan kecil Belaga,melihat sekeliling hanya la hutan belantara dan hanya terdapat beberapa bangunan kedai dan perumahan,aku dan suami terus check in hotel di sekitar pekan tu,kalau di bandar ni kira level rumah tumpangan la...sewa 1 malam RM35,condition not bad la,at least ada tempat berteduh..kepenatan perjalanan menaiki boat mmg sgt terasa,mlm tu terasa sakit satu badan dan rasa susah nak tidur,lewat malam aku terjaga,tiba2 rasa sayu hati memikirkan bagaimana aku nak melalui semua ni dgn keadaan yg sarat mengandung,berada di tempat sejauh itu,apa yang mampu aku lakukan??? Aku menangis dan Samuel terjaga...dia pun menangis melihat keadaan aku sebegitu..aku hanya berkata,aku terima semua ni..Allah itu Maha Besar..ujian ini hanya sekadar permulaan,Insyaallah anak dalam kandungan ini akan turut tabah melaluinya...Keesokkan harinya,bermula la kehidupanku sbg guru pedalaman...hingga ke hari ini...
Apa yg sgt mengecewakan,sehingga sekarang kami masih menyewa bilik di hotel berkenaan memandangkan ketiadaan rumah,bayangkan...dlmnya hanya ada sekadar single bed (cukup ke utk kami berdua d tambah keadaan aku yg tgh sarat),sebuah meja dan kerusi dan TV 14inch (tgk cara mendongak kepala)...tp bg kami ia da mencukupi,sikit pun kami x mengeluh...pernah kami try memohon,tetapi rumah yang diberi langsung tiada air..so how? Nasib la tauke hotel tu baik dan sgt memahami keadaan kami,dgn sewa RM380 sebulan,kami berdua hidup dgn sederhana..sedikit pun aku tak pernah mengeluh dgn keadaan itu..ada hikmah di sebalik tiap kejadian yg Allah berikan..bertahan la bila diuji...every two weeks aku terpaksa balik ke Sibu utk checkup baby,time tu hanya menggunakan boat sj,bayangkan perjalanan pergi dan balik..Ya Allah...aku hanya mampu mengenggam erat tangan Samuel..apa yg menyedihkan klinik di Belaga tidak menerima medical case utk 1st baby,jd aku terpaksa berulang alik every 2 weeks utk checkup..
1 May 2012,lahirnya Rayyan ke dunia ini,setelah melalui segala kesusahan.wpun dia lahir secara operate,its ok,yg penting dia selamat dilahirkan...bayangkan la bagaimana aku boleh bertahan dan menjadi tabah sehingga ke hari ini? Pengalaman itu mendewasakan aku,melihat tempat org byk mengajar aku erti kehidupan dan lebih menghargai hidup ini...menjadi guru pedalaman betul2 mencabar..dulu aku hanya mampu mendengar cerita org dan cerita dr suamiku sendiri tentang cabaran menjadi guru pedalaman..akhirnya..aku sendiri yg melaluinya..aku bersyukur diuji oleh Allah hingga ke tahap ini,sungguh besar keagungan Allah itu,walaupun byk cabaran yg aku tempuhi,Allah berikan aku rahmat dan harta yang tak ternilai iaitu Aleef Rayyan,ditambah lagi ditemukan jodoh dgn seorang lelaki yg sgt penyayang dan baik hati...semoga Allah sentiasa merahmati insan2 yang aku sayangi...Amin...
Setibanya di bandar Kapit,perjalanan dari Sibu-Kapit mengambil masa lebih kurang 3jam,Kapit hanya boleh dihubungi melalui sungai sahaja...
Tiba di pekan kecil Belaga jam 4pm...
Wharf Kapit..perjalanan dr Kapit-Belaga..lihat KM nya...paling terjauh
Suasana pagi di Belaga..besar sungguh ciptaan Allah
No comments:
Post a Comment