Alhamdulillah....
Bulan Mei seringkali dinanti-nantikan setiap tahun,umur menginjak ke angka 31,wow! Syukur masih diberi peluang membetulkan diri dan melakukan sesuatu di bumi Allah ini,apa yang sangat menggembirakan saya dan Rayyan (my son) berkongsi birthday yang sama.Tak la pening bapanya nak arrange birthday party,leh sekali sambut kekekeke...
Apa yang saya perlukan di umur 31? Terlalu banyak dan sedikit demi sedikit saya mengatur langkah untuk menjadikan segala impian menjadi kenyataan.Walaupun lewat,sekurang-kurangnya langkah kecil itu terus melangkah tanpa henti.Alhamdulillah hidup saya dikelilingi insan-insan yang penyayang dan sentiasa positif dalam mengharungi hidup.Latar belakang berbeza tapi isinya serupa.Aura positif sering dekat pada diri dan YES,itulah yang saya mahukan!
Terima kasih atas segala ucapan dan doa dari anda semua,family and friends,tak kira jauh mahupun dekat,sungguh tak tercapai dengan segala kata.Apatah lagi ucapan tersebut juga untuk si kecil Rayyan,pastinya kami sangat gembira dapat menyambutnya bersama.
Buat suami tercinta Aleef Samuel,tiada kata yang dapat diungkapkan tentang perihal kebaikan kamu.Hanya Allah yang mampu membalasnya.Segala susah senang kita harungi bersama tanpa ada pun sedikit penyesalan malah kita bersyukur Allah menguji kita sehingga tahap ini kerana kita mampu,bersyukurlah menjadi insan yang terpilih.Hadiah tak memberi makna apa-apa,silih tahun bakal berganti,hadiah kita yang kekal adalah Rayyan,insan yang perlu kita siapkan untuk masa akan datang.Sama-samalah kita mencoraknya.In shaa Allah.
Last but not least...
'For my birthday I want world peace,to end hunger and pain,to end global warming,to end racism,for people not to judge others by the outside,for all ages,colors,races and other differences to never matter,for everyone to have same opportunities for all,to live in a world where money has no value, where equality and understanding is an everyday experience. For my birthday I want the impossible'
No comments:
Post a Comment