Almost a month tggu result EG Tukar,finally 3 November penantian bukan lagi penyiksaan malah bertukar menjadi DUKA,siapa yang suka akan DUKA? NOBODY! Sekali lagi berdepan dengan perkataan DUKACITA amat menyakitkan!!! Permohonan bersama suami untuk berpindah lebih dekat dengan Rayyan menjadi harapan yang tinggal harapan...PERMOHONAN ANDA TIDAK DILULUSKAN!
Atas sebab apa? Atas alasan apa? Perlu jawapan...tapi realitinya...ITULAH! Kami mohon berpindah bukanlah ke sekolah bandar yang kami sendiri sedia tahu,TIDAK AKAN DAPAT memandangkan tiada kekosongan. Kami memohon untuk ke sekolah pedalaman dan luar bandar Sibu bagi memudahkan kami dekat dengan anak tetapi sekali lagi kami dikecewakan. Pada mulanya,aku da mengagak akan keputusan ini,tapi di hati masih penuh dengan harapan.Bila melihat paparan keputusan,airmataku mengalir tanpa henti,terbayang wajah anak yang sangat disayangi,macam mana kami nak melaluinya? Bukan kami tak boleh bawa dia ke sini,tapi keadaan di sini cukup susah dan sangat kurang,cukup la kami berdua merasa kesulitan tu,takkan nak heret anak sekali? Cukuplah masa mengandungkan Rayyan dulu aku membawa perut ni turun naik bot hampir 12jam,melalui jalan balak yang sangat teruk dan pastinya halangan sentiasa ada.Mampukah aku nak biarkan Rayyan melaluinya sekali lagi? Terasa seolah-olah kami bukan parents yang baik pada Rayyan,as a parents adalah tanggungjawab kami untuk menyediakan yang sebaiknya untuk anak,malangnya kekangan masa dan keadaan menghalang kami berbuat demikian, apa yang lebih menyakitkan Rayyan semakin membesar dan sebagai parents pastinya banyak moment yang perlu kami rakam sebagai kenangan,tapi....NOTHING! Sangat banyak masa yang terbuang dan kami terlepas pandang akan perkembangan anak,sekadar mengetahuinya dari mertua saja...Rayyan da pandai macam ni,Rayyan da pandai macam tu...hati mana yang tak sedih??? But,what to do? NOTHING again!
Apa pun,Allah is the BEST PLANNER,hanya mampu redha dan tawakal dengan segala keputusan dan pastinya USAHA berterusan,orang kata BERDUA LEBIH BAIK,tapi bagiku BERTIGA LEBIH SEMPURNA...Bersabarlah wahai hati,sungguh suci hati insan yang bersabar dengan setiap dugaan,maybe ada di luar sana lebih hebat dugaannya,apalah sangat dugaanku yang sekecil zarah ini,manusia yang sabar bila diuji adalah sebaik2 manusia,sesungguhnya bersyukurlah kepada diri kamu sekiranya kamu diuji,ujian yang diberikan tandanya Allah sayang pada kita...
No comments:
Post a Comment