Thursday, 15 November 2012

Partayyyyyyy!!!



Assalamualaikum pembuka bicara, Tahun Baru Islam,azam baru,life yang baru...Alhamdulillah ditemukan kita sekali lagi dengan pelbagai cabaran dan kejayaan di masa akan datang. Apa pun..NEVER GIVE UP and KEEP MOVING!

Since da jadi GURU KELAS ni,apa lagi...terlalu banyak keja yang perlu dilaksanakan,mujurlah da jadi IBU,nak mengatur anak2 (murid2) bukanlah masalah besar,cuma perlu kesabaran yang tinggi dan anggap mereka seperti anak sendiri,tu sangat MULIA. Seperti biasa,tiap kali sesi persekolahan nak tutup,semua GURU KELAS berlumba-lumba nak buat MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN KELAS,majlis ni bukanlah wajib,tapi ianya sebagai sambutan untuk kenangan di tahun tersebut,meraikan guru-guru yang mengajar kelas sepanjang tahun. Sambil2 tu dapat mengeratkan silaturrahim di kalangan murid dan guru. 

Majlis Jamuan Akhir Tahun 1B telah diadakan pada hari Selasa 6 Oktober. Seperti biasa perancangan last minute ni tetap meriah. Oleh kerana keadaan yang jauh di pedalaman,sambutan serba sederhana,yang penting pengisiannya MERIAH..hehehe. Banyak makanan yang disediakan untuk murid2 dan guru2 yang mengajar serta kek yang ditempah khas bagi menjamu selera (TQVM Cikgu Nora dr SMK Belaga). Joms kita cuci mata dengan sedikit kenangan pada parti yang lepas dari Tahun 1B..yeahhhhhhh!!!



Choc Moist Cake yang simple but nice...(sorry choc da cair,maklumlah...pedalaman)



Foods and drinks for pupils (Blackcurrant juice and Nasi Lemak Special)



Wajah2 kegemaran hambe....



Ni la antara yang selalu peningkan kepala tapi masih mampu buat saya tersenyum sepanjang masa..



SPECIAL GUEST: Cikgu Aleef Samuel and Cikgu Laura..Mrs Laura,SMS Mr King ke? kekeke



Kalau da makan..pandang cikgu pun takkkkk ehhhhhh...



GENG KUAT MAKAN sampai 2 tapau..hahahaha..



Amboi manjanya...makan dgn Cikgu Jafflin...



Alexious said: Zarfan,napa ayam kamu banyak? Ayam saya sikit jaaaaa..hahahaha



Ni la GOSSIP GIRL kelas 1B ni...adeeiiiiii..kalau dgr dorg bergosip...memang Mak Jemah...



Alhamdulillah...sesi persekolahan telah ditutup dengan rasminya, Insyaallah tahun hadapan berjumpa lagi ya sayang2 ku...dan pastinya cikgu tetap maintain jadi Guru Kelas kamu nanti...more to come!!!


LVOE,

RAY

Tuesday, 13 November 2012

Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil 2012 SKAM



Assalamualaikum...

Phewwww...akhirnya, CUTI SEKOLAH bermula,hari yang dinanti-nantikan bagi semua warga pendidik,cuti rehat selama lebih kurang 52 hari (bergaji penuh),happy tak??? Of course la kan...tu la HABUAN bagi kami sebagai GURU setelah sepanjang tahun berpenat lelah di sekolah menyiapkan segala kerja,walaupun bebanan tugas yang banyak sepanjang tahun 2012,Alhamdulillah ianya dapat diselesaikan dengan baik.

NEXT,2 hari sebelum sesi persekolahan ditutup berlangsungnya MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH & SIJIL 2012,persiapan adalah agak kelam kabut sedikit,tapi Alhamdulillah berkat usaha bersama guru-guru,segala yang SUSAH menjadi SENANG...APA YANG PENTING KERJASAMA!!! 
Bukanlah apa sangat pun,sebab MOOD CUTI tu yang membuak-buak,tu yang EXCITED buat keja tu...kalau takda cuti memang MENGHITUNG HARI la jawabnya...

Ada BLOG tapi takda GAMBAR tak lengkaplah pulak kan...mari kita LAYAN MATA dengan beberapa gambar yang sangkut di lensa Blackberry saya,walaupun camera tak sehebat mana,sekurang-kurangnya MOMENT tu yang sangat bernilai...JOMMMMMMMMMMM...


TINGGGGGGGGGGGGGGG!!!




Daun-daun cinta berguguran..klassssss..hehehehe



Cikgu Hizal said: U kena buat camni..camtu..cenggitu..cenggini...



Semangat betul Cikgu Ridzuan ye...



Apa yang penting KERJASAMA,eh...yang amik pic ni pun buat keja jugak OK..



Cikgu Ridzuan tu...mataaa tuuuuu...semangat buat keja



Sian Siti panjat-panjat..hati2 Cik Siti..hehehe



Ha...ni macam berlakon je ni..hahahaha



Jeng jeng jeng...jap lagi siap la ni..hoyeahhhh



2 emcee yang hebat pada majlis esok..Ustaz Faizal dan Cikgu Catherine



Haaa..pandang apa tu???? Cikgu Ridzuan merenung hasil keja Cik Siti..



Hati-hati panjat tu..jatuh bangun sendiri..



Da nak siap daaaaa...



Ketua Backdrop kita..Cikgu Norhizal...bunga2 cinta ke tuuu..



Gunting jangan tak gunting...



Taraaaaaaaaaa...HASILNYA DARI AJK BACKDROP! Simple and nice..simply the best katanya...hoyeahhhhhhhh!!!!!!!!!!



Encik Latip sebagai pegawai yang merasmikan majlis pada hari ini..



Tarian dari murid-murid yang mengambil Kelas Bahasa Cina di bawah bimbingan Cikgu Liu Tse Ling



Kipas-kipas gituuuuuuuuuu



The end...



Tarian tradisional Melayu di bawah bimbingan para PPM SKAM...



Zapin gituuuu...



Nice captured Ray!



Lembut gayanya...



ANUGERAH  TOKOH MURID disandang oleh adik Cynthia Angkui dari Tahun 6B




Haa...baju merah tu la saya..orang yang captured gambar2 ni...with my BFF Celine..lawa amoi tu berkebaya kan..



Penari2 kebudayaan SKAM



bersama Cikgu Merta yang akan berpindah ke SK Ng Telawan pada sesi tahun hadapan..Bye2 kakak..gonna misssss uuuu..huhuhuhuhu



PPM Cik Siti...orang kuat di sebalik persembahan ni...lemah lembut orangnya..manis senyumannya...



Begitulah serba ringkas Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil SKAM 2012,Insyaallah berjumpa lagi pada tahun hadapan...Selamat bercuti pada semua...



LVOE,

RAY

Monday, 5 November 2012

Bertiga lebih sempurna...


Almost a month tggu result EG Tukar,finally 3 November penantian bukan lagi penyiksaan malah bertukar menjadi DUKA,siapa yang suka akan DUKA? NOBODY! Sekali lagi berdepan dengan perkataan DUKACITA amat menyakitkan!!! Permohonan bersama suami untuk berpindah lebih dekat dengan Rayyan menjadi harapan yang tinggal harapan...PERMOHONAN ANDA TIDAK DILULUSKAN!


Atas sebab apa? Atas alasan apa? Perlu jawapan...tapi realitinya...ITULAH! Kami mohon berpindah bukanlah ke sekolah bandar yang kami sendiri sedia tahu,TIDAK AKAN DAPAT memandangkan tiada kekosongan. Kami memohon untuk ke sekolah pedalaman dan luar bandar Sibu bagi memudahkan kami dekat dengan anak tetapi sekali lagi kami dikecewakan. Pada mulanya,aku da mengagak akan keputusan ini,tapi di hati masih penuh dengan harapan.Bila melihat paparan keputusan,airmataku mengalir tanpa henti,terbayang wajah anak yang sangat disayangi,macam mana kami nak melaluinya? Bukan kami tak boleh bawa dia ke sini,tapi keadaan di sini cukup susah dan sangat kurang,cukup la kami berdua merasa kesulitan tu,takkan nak heret anak sekali? Cukuplah masa mengandungkan Rayyan dulu aku membawa perut ni turun naik bot hampir 12jam,melalui jalan balak yang sangat teruk dan pastinya halangan sentiasa ada.Mampukah aku nak biarkan Rayyan melaluinya sekali lagi? Terasa seolah-olah kami bukan parents yang baik pada Rayyan,as a parents adalah tanggungjawab kami untuk menyediakan yang sebaiknya untuk anak,malangnya kekangan masa dan keadaan menghalang kami berbuat demikian, apa yang lebih menyakitkan Rayyan semakin membesar dan sebagai parents pastinya banyak moment yang perlu kami rakam sebagai kenangan,tapi....NOTHING! Sangat banyak masa yang terbuang dan kami terlepas pandang akan perkembangan anak,sekadar mengetahuinya dari mertua saja...Rayyan da pandai macam ni,Rayyan da pandai macam tu...hati mana yang tak sedih??? But,what to do? NOTHING again!


Apa pun,Allah is the BEST PLANNER,hanya mampu redha dan tawakal dengan segala keputusan dan pastinya USAHA berterusan,orang kata BERDUA LEBIH BAIK,tapi bagiku BERTIGA LEBIH SEMPURNA...Bersabarlah wahai hati,sungguh suci hati insan yang bersabar dengan setiap dugaan,maybe ada di luar sana lebih hebat dugaannya,apalah sangat dugaanku yang sekecil zarah ini,manusia yang sabar bila diuji adalah sebaik2 manusia,sesungguhnya bersyukurlah kepada diri kamu sekiranya kamu diuji,ujian yang diberikan tandanya Allah sayang pada kita...


Tuesday, 16 October 2012

Oh My Weekend!


 Assalamualaikum...

Phewwww..bila sebut pasal WEEKEND rasa macam takda makna sekarang..SEKARANG! Last time punya WEEKEND memang hati berbunga-bunga..now sebab berjauhan dengan anak dan hanya bertemu weekend saja rasa life ni serba kekurangan...salah siapa? TAKDA SALAH SAPA-SAPA pun...tanggungjawab mengatasi segalanya..what to do???

OK...sedikit perjalanan weekend saya this week! Tiba di Sibu hari Jumaat (malam) and da sampai memang kepenatan yang teramat sangat, penat bukan sebab driving, tp PENAT TIDO...hahahahahaha (sian Samuel kena driving sangat jauh) sgtttttttt jauh...again...WHAT TO DO?

Orang Tawau cakap..hari Sabtu adalah hari remaja..kekekeke..dulu la..now da tak remaja masih nak ckp hari remaja ke...bg saya just FAMILY DAY..lg best gituuuu...bangun pagi Sabtu di sisi insan tersayang..wow..amazing! hari-hari macam ni kan bagus..again..WHAT TO DO? So,plan 'jahat' with my sis in law tak lain tak bukan pegi shopping and cari makanan...hihihihi (tak perlu risau dgn berat badan...PB kan ada)...so decided pegi Star Megamall Sibu sebab sana macam2 ada sambil my SIL settle kan hal screen Ipad dia yang pecah...uhhhhhh..sedih..WHAT TO DO?

So,this is a few pix yang telah saya pegi with my SIL and try to grab...yesss dapat!



Ingat datang sini saja2??? hahahahaha..plan awal temankan my SIL nak repair skrin Ipad dia yang pecah..sambil tu tengok Imac sambil mata terkebil2...ehemmmmm..call Samuel and tanya dia..he said OK!



Take away Cafe Latte...sambil2 tu layan mata kejap...uhhhhh sejuk (hujan)



Colorful Big Apple




LVOE,


RAY




Monday, 15 October 2012

HEAVEN of Tawau!


Bila sebut pasal TAWAU...Oh my...tanah tumpah darahku..bumi kelahiranku..sebuah bandar yang tengah pesat membangun dengan pelbagai kemudahan untuk penduduk sekitar..still ingat in 90's Tawau masa tu belum seberapa maju...kedai makan that time tertumpu di tengah2 bandar (lupa pulak tempat tu and now ada bangunan nak buat tp tak jadi) kalau la gerai makan tu dulu dikekalkan kan bagus (tempat tu sangat cuci mata..hahahaha)

Bila tgk post kawan2 di Tawau check in makan sini..check in sana..alahaiiiii..I wish I ada di tempat tu sekarang! YES NOW! But nak buat macam mana...semakin pesat Tawau membangun, semakin banyak kedai makan tumbuh bak cendawan selepas hujan..but good for people there coz TUKANG MASAK di Tawau ni sangat CREATIVE dengan macam2 masakan...sehinggakan bila da makan balik umah terasa masih di mulut penangannya (macam kena slap berjuta kali..hahaha)

Enough cakap panjang lebar...apa yang saya rindukan tentang daerah kelahiran saya ni adalah MAKANAN nya! HEAVEN orang putih cakappppppppppppp...lets scroll a few pix about my fav food in Tawau (anybody want to post it to me? I know its IMPOSSIBLE)

TINGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!



Yuhuuuuuuuuuuuuu...LEGEND! My fav dish in Tawau called NASI LALAP...makan leh sampai terlelap plus sambal yang menyengat!

RATE: 9/10 (Why just 9..If sambal dia lagi pedas..I give 10)



Alahai..ni namanya SANGGAR PAPEK (how to pronounce? hahahaha) Actually ni fav dish masyarakat Bugis..kena makan with sambal belacan baru lah terangkat! My mum punya sanggar papek is the best! Arghhhhhhhhhhhhhhh!!!!!

RATE: 9/10 (sambal pedas lebih comfirm 10)



This is what we called SANGGAR CHEESE (Pisang Cheese) and the best place to get this is INDO CAFE in Tawau..sana kalau lambat comfirm berdiri la kena tunggu turn nak duduk! But sangat sedapppp plus cheese yang sangat banyak tu..yummyyyyy

RATE: 10/10 (cheese plus sweet...manja gitu rasanya)



Org Tawau said: MUST EAT for breakfast! Yesss! Coz bangun pagi je trus terbayang MEE TAUHU and wajib ajak family untuk breakfast sekali..fav place of coz di Batu 3 tuuuu..sanggup tunggu even meja penuh demi nak makan punya pasal..as usual la my order mesti mee plus telur mata + 1 kecik + 1 besar + terung (apa yang kecik? apa yang besar? memang da common ayat in Tawau..kekeke)

RATE: 9/10 (kalau bagi 10 if tambah terung lebih..hahahaha)



lalalalalala..ni namanya NASI KUNING sebab nasinya berwarna kuning..sangat sedap di makan..sambal dia pun SUPERB..the best place to get this of course Nasi Kuning Kantin Hafizah di Dewan Masyarakat Tawau..sana memang sangat sedap..jangan lupa makan Sardin Role nya skali ya..alahai..sedap weiii..but I most prefer my mum punya Nasi Kuning..my siblings said..Nasi Kuning mak the best in town..kalau tak makan menyesal! Hahahahaha

RATE NASI KUNING MY MUM: 10/10 (yeahhh..full mark! Congrats mummy)



BAKSO! Common name,common dish..but in Tawau my fav bakso of coz my neighbour punya called BAKSO MAS..dia punya bakso memang SUPERB plus lada nya yang sangat berapi..makan bakso wajib dengan kicap ABC, sumtimes sampai abis sebotol kicap si Mas tu kami kejakan..hahahaha

RATE: 10/10 (SUPERB GILA)



This is called NASI GONDRONG (macam pelik kan nama tapi rasanya sangat sedap) memang secukup rasa! Fav place tepi highway tu..tak ingat namanya..last time pegi sana my BFF yang rekomen katanya u must try Nasi Gondrong..bila da try..WOW! Hebat! Simple but delicious!

RATE: 9/10 (SAYA HANTU PEDAS)



Last but not least SOTO BANJAR (bukan gambar sebenar ye)..fav place di Ice Box tu (bukan dalam peti ais ok..Ice Box salah satu nama tempat di Tawau..10mins from my house) Since kecik2 lagi soto banjar Ice Box tu memang da ada..plus GADO-GADO yang sangat sedap..makan jilat kaki sekali..hahahahaha (sampai gitu ke?)

RATE: 10/10 (tapi saya akan makan without lontong..XNAK LONTONG sebab rasa heavy pulak derr)

Dannnnnnnnnnnnn....fav drink of course la NESLO ICE..tadaaaaaaaaaaaaa...



Oh My Tawau..How I miss u so much! So sapa2 yang nak travel ke Tawau..singgah2 la merasa makanan2 yang sangat sedap ini..rugi tak cuba kalau datang Tawau..sambil2 jenguk negeri orang..marilah merasa..hehehehe (promote Tawau ni)

The BEST part..my lovely mum can cook all the dishes very well! Lop u mummy!




LVOE,

RAY