Tuesday, 13 September 2011

'MIRACLE'

Wow! Almost 2 months tak update this blog,macam2 hal yang agaknya terlepas pandang untuk dikongsi bersama,sama ada kesedihan atau kegembiraan.Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kita masih lagi berada di bulan Syawal,masih mood raya lagi just terpaksa hold sebentar untuk menyambung tugas2.Buat pertama kalinya aku beraya sebagai seorang isteri dan ini juga merupakan raya pertama buat suamiku Aleef Samuel,sungguh tak terkata kebahagian yang kami rasakan,dpt beraya bersama dengan keluarga,walaupun agak sederhana tapi tahun ni lain dari yang lain.Alhamdulillah,suami dapat menjalankan ibadah puasa dengan baik,walaupun tak sesempurna mana,tapi bagi pertama kali melaluinya seharusnya aku berbangga! Tahniah B!

Abis pasal raya,kali ini aku nak berkongsi moment yang tak mungkin aku lupakan sampai bila2.Perubahan pada diri mula terasa,akhirnya aku mengambil keputusan untuk buat PREGNANCY TEST,syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT dengan rezeki yang diberikan olehnya d bulan Syawal ini,I'm pregnant!!!!!! Setelah dapat result tu,orang pertama yang aku hubungi tak lain tak bukan DADDY kpd bakal baby yang lahir ni,of course my hubby! Dia sgt terkejut dan tak sangka dengan semua ni,sesungguhnya tiada ayat yang dapat menggambarkan perasaan kami,syukur Ya Allah...Kini usia kandungan 5 minggu lebih kurang sebulan lebih,Insyaallah semuanya akan baik2 saja.Sebagai seorang guru sememangnya tanggungjawabku amat besar,aktiviti hujung tahun sangat2 banyak,tapi kandungan tetap menjadi keutamaan,maklumlah 1st baby.kekekeke.Tapi tu bukan alasan untuk aku lari dari tanggungjawab,KEJA TETAP KEJA!

Hurmmmm,rasanya itu saja buat masa ini,soal morning sickness ke,apa ke,rasanya aku belum mengalaminya lagi,tp demam2,pening2,flu,batuk2 perkara biasa lah,comfirm dapat punya,buat rakan2 di luar sana yang bakal jadi ibu,jaga diri baik2,jaga kandungan baik2,pesanan ini sememangnya untuk diriku jugak...kekekekekeke,Terima Kasih Ya Allah dengan keajaiban ini...

Muaaaahhhhhxxx!!!!!

Saturday, 23 July 2011

'Next...'


Hurmmmm,setibanya d Tawau terus langsung menguruskan hal2 persandingan di Sibu nanti,motifnya sebab tak nak la kelam kabut,maklumlah bulan puasa seminggu lagi bakal menjelma,selepas tu raya pulak menyusul,keja2 di sekolah berlambak2 perlu di setelkan sebelum cuti sekolah,ada masa yang terluang dan berkesempatan balik ke Tawau maka buat la apa yg patut kan...Perkara pertama yg dilakukan ialah fitting wedding dress,finally,ni la hasilnya! saiz pun da ok,kalau diet sikit lg ni lagi ok agaknya..kekekekeke,lain2 hal seperti cenderahati smua still in progress dan insyallah akan ada sebelum raya ni..semoga Allah permudahkan segala urusan...Amin

Seperti biasa setiap kali menjelangnya Ramadhan sana sini kenduri kendara d adakan,malam ini pulak kenduri arwah akan d buat di rumah dan dihadiri kaum keluarga terdekat.Alangkah indahnya jika suami berada di sisi merasakan suasana ini..Malangnya..tidak.Melihat makanan yang banyak hati mula tersentuh,memikirkan apa la makanan suami di pedalaman sana,maybe tak sesedap apa yang ada di sini..tp SUAMI tabah orangnya,he knows how to handle! Berbalik pada majlis resepsi di Sibu,kesian ibu mertua ku sebab terpaksa menguruskannya seorang diri,nak buat macam mana kan...kekangan masa dan jadual persekolahan yang terlalu ketat membataskan segalanya,Insyaallah andai ada kesempatan dan masa boleh la fly ke Sibu untuk membantu persiapan,majlis pun sederhana saja,hanya dihadiri keluarga terdekat dan teman2 rapat saja,tapi sesiapa yg berkesempatan ke Sibu sgt la dialukan untuk menghadiri majlis resepsi kami d Tanah Mas Hotel Sibu pada 25 Nov 2011 ni bermula jam 7pm till 11pm,Insyallah hendaknya..

Hurmmmm..sedar tak sedar pun tak lama lagi sekolah bakal bercuti,tak sabar rasanya menunggu detik tu untuk menghabiskan masa bersama suami tercinta..pedih dan sakitnya bila terpaksa berjauhan dgn dia,tp apakan daya,kerjaya menuntut segalanya,tp kami yakin pasti ada hikmah di sebaliknya.Sabar dan terus bersabar,Insyallah Allah sentiasa bersama hambanya yg sabar..pendek kata,bersyukur dgn segala pemberiannya bknya mengeluh atas apa yg diberikan..sesungguhnya DIA telah mencipta yg terbaik buat diri kita..

Orite guys..i'm so tired today,need to sleep early and have a good rest bfore goin to LD tomorrow morning...hurrrrmmmmm..Gud nyte,sweet dream,XOXO

Saturday, 9 July 2011

'Aleef Samuel'



Aku sangat merindui insan ini,bila melihat wajahnya timbul ketenangan di hati,DIA lah segalanya untukku,insan yang paling amat aku cintai dan aku pilih menjadi insan yang akan menemaniku sepanjang hayat...'ALEEF SAMUEL',nama Aleef yang aku pilih istimewa untuknya sebelum dia bertukar agama,Alhamdulillah,dia amat menyukainya dan nama itu digabungkan dengan nama asalnya Samuel,tak kira la Aleef ke,Samuel ke,pada aku dirinya tetap SATU...


Saat dirinya melamarku pada tahun lepas,ia adalah satu moment yang tak mungkin aku lupakan,hanya dengan ayat 'Pls,be mine'...dan jawapan 'I do',pernikahan yang dihadiri kaum keluarga terdekat dan sahabat handai pada 31 May lepas telah menjadikan impian kami untuk hidup bersama menjadi realiti..saat dia melafazkan perkataan 'Aku terima nikah......' OMG,meremang bulu roma dibuatnya,ayat keramat menyentuh lembut hati ini,titisan airmata kegembiraan mengiringi saat itu...Dah sebulan kami mendirikan rumahtangga,Alhamdulillah segalanya baik2 saja,kehidupan kami walaupun tak seperti pasangan lain sebab kami terpaksa berjauhan demi tugas,namun itu bukan alasan.Hati kami tetap SATU,Dia betul2 melengkapi hidupku...


RAYZ'ALEEF

Friday, 8 July 2011

'Apple'

Sign in FB pagi2 tadi terlihat ramai rakan2 FB yang post pasal hujan lebat di Tawau,siap banjir kilat lagi..tapi keadaan cuaca di LD sangat cerah,seolah2 takda kemungkinan hujan akan membasahi bumi LD,syukur kepada Allah,hujan yang turun adalah rahmat dariNYA...Seperti biasa perasaan teruja hendak ke sekolah hari ni memang menjadi2,maybe sebab da Jumaat,esok pulak cuti..upssss..esok ada kegiatan GERKO di sekolah,rasa serba salah pulak tak dapat pulang ke Tawau untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan2,tapi apa boleh buat,komitmen pada keja..hurrrmmmm..


Haaaaa,PC FAIR ada pulak di Tawau sekarang ni,sebut pasal PC FAIR kepala otak aku da membayangkan gadjet2 yang murah2,aduiii..terlepas peluang lagi kali ni,sebut pasal gadget,memang aku sangat ADDICT dengan benda2 ni,soal duit aku tak pernah pikir,janji puas hati! Setakat ni adalah serba sedikit gadget yang aku da beli dan anggap sebagai koleksi peribadi,tu pun tak lah beli secara one shot,adeiiii..bedarah hidung la jawabnya nak keluarkan duit. Beli pun bila ada kemampuan..TAK SALAHKAN???? Tahun lepas aku da beli MACBOOK AIR,entah kenapa..aku membelinya atas sebab effect graphic tu...bila aku design something atas permintaan customer,Alhamdulillah..dapat menghasilkan design yang sangat baik...berapa minggu selepas 'terbang duit' beli MAC,aku beli Iphone pulak..sekali lagi APPLE menjadi pilihan..application sangat best..THUMBS UP la! Bila outstation dan malas nak bawa laptop..aku da boleh on9 bila2 masa sahaja dgn Iphone,janji ada network..SETTLE! 2 bulan lepas tu pulak aku mula FALL'IN LUV dengan Ipad,plan nak temankan kawan beli laptop pada mulanya..last2 aku terbeli Ipad dengan tidak disengajakan (kalau suami baca ni..comfirm dia ckp TIDAK DISENGAJAKAN SYGKUUUU??????) maybe tu la yang dia cakap...kekekekeke,tapi ni memang TRUE STORY la..bila da pakai Ipad..walaweiiiii...memang best..da tak perlu aku bawa MAC ni bila travel ke mana2,just bring the Ipad all the way,but sometimes yang tak bestnya bila nak buat document agak payah sikitlah coz tak dapat nak SAVE secara direct..kena install macam2,kadang2 pikir,gadget ni memang tak pernah abis,ada saja yang baru akan menyusul..kehendak pun semakin tinggi,tak cukup apa yang ada nak menambah lagi..tapi kalau da minat..APA PUN BOLEH kan??? hehehehehe...


Sebulan yang lepas pula,suami menghadiahkan BlackBerry 9780 sebagai hadiah perkahwinan,yang bestnya dapat color putih..waaaaa,sapa tak nak kan? Apalagi..TQ so much la suami..hehehe,da lama aku idamkan BB white color,tapi hold dulu coz baru je lepas beli Ipod Touch...tapi tak sangka suami TAKE NOTE benda tu..terharu rasanya,since pakai BB...yessssss,Internet just in ur finger! dapat on9 24hrs tanpa henti..unlimited package! And the latest item yang aku dapat beli ialah MAGIC MOUSE from Apple, click2..hehehe..yang bestnya mouse ni just guna wireless,apa nak susah??? Hurmmm..inilah DUNIA GADGET tanpa sempadan,once dapat yang canggih,another day da keluar lagi yang lebih canggih..tapi kenalah kumpul duit baru dapat memilikinya..kesemua gadget ni aku simpan dengan baik ibarat menjaga diri sendiri,yela...sapa tak sayang benda yang kita usaha nak dapatkan..kepada peminat gadget di luar sana,ENJOY UR GADGET GUYS!


*IMPIAN: NAK BELI LCD APPLE..(kumpul duit dulu...)

Thursday, 7 July 2011

7-7

7 Julai 2011..OMG,sedar tak sedar bulan Ramadhan bakal kembali lagi,pastinya kali ini ia amat berbeza. Kehadiran suami di sisi membuatkan hidup ini lebih bermakna...buat pertama kalinya suami akan berpuasa dan Insyaallah bakal menyambut Hari Raya nya yang pertama...I'm so excited! Suami pula akan beraya bersama keluarga di Tawau dan dapatlah dia merasakan suasana raya tu..hehehehe. Berjauhan darinya amat menyakitkan,tapi demi tugas sbg GURU,kami turutkan. THINK POSITIVE sememangnya sangat dituntut bila berjauhan,walaupun hati ni tak dapat menerima keadaan ini,tapi kami yakin..Insyallah satu hari nanti penantian kami berbaloi...SABAR lah wahai hatiku. Sebut pasal kesihatan,hampir seminggu selsema dan batuk ni tak henti2..hok hok hok..tambah lg network suami di Belaga..aduiiiiiiiiii..payah tul! Nak berhubung pun sgt susah,mcm biskut KEJAP ADA KEJAP TAKDA..tapi itulah yang dinamakan dugaan,HIDUP SANGAT BERMAKNA JIKA ADA MASALAH,kalau takda masalah,memang sukar mencipta pengalaman hidup...

Apa agaknya khabar suami di sana? Dari tadi aku menunggu di depan laptop namun msg nya yang di post ke FB sekejap ok kejap tak...da makan ke dia? sihat ke dia? Fuhhh..macam2 pertanyaan dalam kepala otak ni!!! Tapi aku tau,suami orang yang cool dan mampu menghadapinya,BB aku pun da macam 'rosak',maklumlah takda langsung bunyi 'ringtone' yang telah di SET untuk dia..rindunyaaaaa..TETAPI,the best part is..Sabtu ni suami balik ke Sibu sebab dia akan berkursus selama seminggu...YEAHH!!!!! Seminggu jugak la aku dapat mendengar suaranya melalui handphone..hurmmm..WHAT A LIFE!