Thursday, 11 October 2012

Hello SKAM!



Assalamualaikum..


Ehem..ehem..testing 1 2 3...testing...hahahahahahaha..woot woot..kali ni ENTRY memang lain daripada yang lain, pendek kata special ENTRY la kannnn...apa tidaknya, hampir setahun berkhidmat di Sarawak ni, belum pernah pulak terlintas nak buat entry tentang tempat saya berkhidmat, bukan takda perkara yang menarik untuk dikongsi bersama, hurrrmmmm..baru ada masa kotttt...hahahahahaha..

Tak nak panjang lebar sebab ni bukan ucapan yang perlu berlewah-lewah (katanya Cikgu Hamdan gitu) jd sila la baca entry ni secara laju-laju (letih menaip laju-laju)

Sepanjang minggu ni, SK Abun Matu telah mengadakan pertandingan Sukan dan Permainan antara rumah-rumah sukan yang terdiri daripada Awang Sutoh (rumah sukan Samuel yg ENSEM - CAPS LOCK OK!), Temenggung Matu (of course rumah I yg hebat gitu), Teo Tua Kheng dan Dian Ding...but untuk entry kali ni, hanya entry berkenaan Permainan Ping Pong yang rata-rata pesertanya takda pengalaman bermain ping pong (mampu????) hahahahaha..but its ok..SEMANGAT KESUKANAN tu wajib ada...kekekeke (adeiii..da da...picture time!!!!)



Cikgu Korea sedang buat apa tuuuu???



haaa...pilih2 mana yg nak kata Cikgu Wee!



Actually ping pong utk perempuan..yg lelaki ni enter frame pulakkk..eh Cikgu Fahmi hebat ok!



sentap! SILA ABAIKAN YG BAJU KUNING (pening tak color ni)..sekadar pemain simpanan yg disimpan terus...hahahahahaha..(sory Cikgu Hizal..nant kita buat mural ok)



Dear PK Kokum...boleh tak next year ada game ni..comfirm I ikut...hahahahahahahahaha




That's all for today..will be update next OK...




LVOE,

Ray

Tuesday, 2 October 2012

Creativity Starts From A Believe!



Best Motivational For Creative People and Startups!



THINK when you were still a KID,
THINK when you were a KID,
Everything is POSSIBLE,
You put the BLANKET over your back,
Then you became a SUPERMAN,
You take your mom's BROOM and ride on it,
Then you became a WITCH,
You CLIMB up the TREE, not knowing that you might fell,
You SIMPLY made it,
You just had an IDEA and made it HAPPENED because you BELIEVE you were then,
CREATIVE with STRONG BELIEF,
As you became ADULT,
Things seems to be a little DIFFERENT,
When you FAILED in your EXAM,
You think 'I CAN NEVER MAKE IT',
When you have a BRILLIANT marriage proposal,
Then you think 'Maybe its not the right time',
When you want to start a BUSINESS,
You THINK 'Maybe its not as EASY',
When you are already in BUSINESS,
You HEARD someone say DO NOT TAKE RISK,
Then, when you have a BRILLIANT IDEA that can create more JOBS for nations,
can provide a better LIVING for more people, can make our nation PROUD, can help the GROWTH of our nation and can create a better WORLD...AND you said 'I AM NOT SURE',
You still CREATIVE but with more DOUBT,
Then YEARS later you HEARD...SOMEONE had the SAME IDEA as yours! 
What makes him DIFFERENT from you?
His ACTION, he puts his IDEA into reality,
He's the Most Promising Creative Young Enterpreneur of the year,
His action WON him this recognition,
Then you started to THINK, how I WISHED I takes ACTION that years ago,
THINK when you were a KID,
If that IDEA came by when you were still a KID,could you have taken ACTION?
When back then, you strongly BELIEVE,
It is never too LATE...
You have just NEED to have an IDEA and make it happen,
You still CAN...If you BELIEVE,

CREATIVITY STARTS FROM A BELIEVE!

Wednesday, 5 September 2012

I'm dreaming of...


Semua org pasang impian nak kan rumah sendiri, yg lbh selesa utk family dan anak-anak...saya pun tak terlepas utk menyimpan IMPIAN yg sama,umur makin meningkat..one day kita nak juga ada rumah dgn hasil titik peluh sendiri...selain bg keselesaan kpd anak-anak..dapat hidup di bawah satu bumbung...best kannnnnnnnn...As a teacher,designer and businesswoman as well..saya amat mementingkan keselesaan dan ruang dalam setiap rumah..LESS IS MORE katanya..tak suka something yg crowded,corak melingkar sana sini...more PREFER something yg modern and your eyes can capture bila masuk ruang tu..WAJIB nya..perlu ada special space to put my ARTWORK..and small studio utk saya berkarya...(minat terhadap SENI terlalu mendalam) sangat2 penting tuuuuu..hehehehe...dr segi color pula..sangat suka pastel color and color yg nampak garang such as red and orange..maybe put this color kat ruang yg menjadi tumpuan tiap kali masuk rumah..tak gituuuuu????? MIX AND MATCH lg katanya..(kdg2 org SENI melebih2 jugak..x salah kan..)

Mcm my hubby pulak..mmg da set for him ruang utk workshop dia bekeja siang dan malam..means..mengadap bot2 kesayangan dia la tu..and satu bahagian yg agak besar utk letak semua hasil kemenangan dia sepanjang perlumbaan (sgtttt bykkkk ok..ruang d rumah mertua klu in SMS ckp..NO SPACE FOR NEW MESSAGE) pengsannnn kejappppppp!!!!!!

LAST BUT NOT LEAST...of coz sumthing cute for my adoreable Rayyan..oh babyyyy..you LIGHT UP our life! Mesti ada special space for him, where he can sleep,study and play! Biar nampak KELELAKIAN sikit kan sygggggg....lets scroll a few image..just a few ideas la..eyes wide open! Chaakkkkkkkk














whoaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!

INSYAALLAH...

Saturday, 1 September 2012

Di sini ada cerita...

Da lama rasanya nak berkongsi pengalaman ni,pengalaman yg sememangnya membuka mataku sbg seorg manusia dan ianya menjadikan diriku KUAT sehingga ke hari ini...nak tau kisahnya??? Scroll smpi end of story...

Berkahwin dgn insan yg bernama Samuel adalah satu perkara yg paling indah dlm hidup,kami berkenalan semasa sm2 menuntut di Institut Perguruan Kampus Tawau,dr seorg sahabat,akhirnya kami jd pasangan kekasih,wlu pun mcm2 dugaan yg kami lalui,kami tak pernah kisah,Alhamdulillah,keluarga kedua2 pihak sgt memahami dan membuka JALAN itu seluas2 nya utk kami membina kebahagiaan..1 May kami mengikat tali pertunangan,tarikh dipilih sempena my bday! Moment tu mmg tak leh nak lupa,then berkahwin pada 31 May...

Menjalani kehidupan sbg suami isteri mmg best,ke mana sj ada suami,benar org kata,bila kt ni bina MASJID..hidup pn sgt bermakna,tp apa kan daya...tu just sementara! Kami terpaksa berpisah demi tugas,yaaa..tugas sbg GURU menuntut byk pengorbanan..aku posting di Lahad Datu,Sabah manakala Samuel pula nun jauh d pedalaman Belaga Sarawak,hati mana yg tak risau bila terpaksa berjauhan dgn suami,klu la dpt SMS/CALL suami tiap hari ok jugak,ni tak..takda langsung network! Ada schoolnet pn mcm cukup2 makan,klu dapat pun kira nasib la..rs nak nangis tiap hari bila kdg2 tak dpt nak contact suami berhari2,mmg sgt diduga time tu,klu Samuel dpt contact pn dia tpaksa bjalan kaki slama 20min utk smpi d klinik kesihatan yg berdekatan..bayangkan??? Dpt call pun tiap 5min terputus talian..Ya Allah..tp hati masih mampu bertahan...

Sepanjang berjauhan dgn suami,boleh dikatakan every month akan fly ke Sibu utk berjumpa,kdg2 sampai twice! Penerbangan pergi blk LD-KK-SIBU..back to back pun around RM700-RM800..try kira if every month? Try kira if twice? Rasanya da leh beli mcm2..tp money doesnt matter! Alhamdulillah masa tu ada Guru Besar yg sgt2 memahami keadaan hidup ada family ni,mmg jasanya sgt2 dikenang,tak pernah lupa segala kebaikan yg beliau berikan...

Bulan 9 dpt good news! I'm pregnant! Ya Allah,hati mana yg tak happy..tp dlm masa tu gak sedih sbb jauh drpd Samuel,berpikir how to live without him??? Time preggy tu jugak aku turun naik flight,but before that memang da minta advise from doc,then doc said,nothing to worry,you can travel wherever you want! Just enjoy! Sapa tak takut kan..coz ni 1st baby,satu2 nya HARTA yg paling berharga dlm hidup kami...memang rs sgt letih bila terpaksa mcm ni every month..upsss..mesti korang da bayangkan napa bukan Samuel je yg dtg ke Sabah??? Ni jawapannya..perjalanan Samuel utk kluar dr sekolah da makan masa sehari..if dia nak fly ke Sabah hari Jumaat,means seawal subuh Khamis tu dia da kena bertolak naik boat ke Sibu..Khamis kan waktu persekolahan..tak mungkin sama sekali utk dia kluar melainkan hari cuti! If dia fly ke Sabah on Friday,Saturday da kena blk Sibu coz Ahad da kena masuk ke sekolah..can u imagine??? Dtg Friday then tomorrow da balik??? Thats why aku yg berkorban dr segi masa..no regret!

Sepanjang cuti persekolahan hjg tahun aku berada di Sibu,spend time dgn Samuel,time tu kandungan da 5bulan..end of December dpt good news from KPM yg aku dpt berpindah ke Sarawak mengikut suami,masa tu...Ya Allah...rs bersyukur sgt2,menitis airmata ni bila flashback blk segala kesusahan yg dilalui semua ni,rezeki baby time tu..FINALLY! Tp masa tu just hanya negeri yg ditempatkan..persoalannya d mana tempat posting tu still loading lg,hanya mampu tawakal..tak kisah la mana pun..janji dekat dgn Samuel..then try call JPN Sarawak utk tau tmpt posting..tup tup..SK ABUN MATU,BELAGA..what? where? Mmg tak dpt nak handle time tu..terpikir mana tempat tu??? Tp da tgk perkataan BELAGA tu..oh myyyyy..satu daerah/PPD dgn Samuel..bezanya sekolah je...Aku ditempatkan d sekolah tu dgn alasan tmpt tu ada klinik..bila Samuel tau tmpt tu..dia da nangis sebab pikirkan aku yg tgh mengandung masa tu terpaksa melalui semua ni..aku just ckp dgn Samuel..'its OK,syg terima semua ni,janji syg dekat dgn abg and anak kt dpt dekat dgn daddynya..lain2 hal syg tak kisah..andai kata anak ni rezeki kita..Insyaallah'..Samuel mmg sgt2 sedih,aku nak nangis pun tak mampu coz antara kami kena ada yang kuat..kena ada yg positif,dlm ms tu aku sedar,d usia kandungan nak masuk 6bln sekali lg aku d duga dan dihantar jauh d pedalaman Sarawak..tp dlm hati berkata..MUSTAHIL ALLAH menguji aku d luar kemampuanku..sememangnya aku mampu!

Samuel tak dapat nak terima bila tahu aku dihantar jauh ke tempat tu dlm keadaan yg tgh pregnant..then kami usaha pergi ke Kuching utk membuat pertukaran memandangkan keadaanku yg makin sarat,mana mampu aku nak melalui perjalanan sejauh tu dgn menaiki bot..try utk positif kan diri! Sampai je d JPN Kuching dan berjumpa dgn org yg sepatutnya..mcm2 ayat kami dilemparkan..satu ayat yg masih terkesan dlm hati ni smpi skrg...'Sebab tu la saya tak suka org pmpn jd cikgu sbb balik2 mengandung'..what???? Tak ke dia pkr dia lahir ke dunia ni sbb PEREMPUAN? Ibu dia bkn PEREMPUAN ke? Adik? Kakak? Memang aku rs tercabar dgn apa yg dia katakan! Jadi GURU totally bukanlah my choice,my parents nak sgt ada anak dorg jd CIKGU and absolutely ME! But I dont care,jd CIKGU la aku berjumpa JODOH dgn Samuel and I never regret! Semakin lama jd CIKGU,I'm in love with this JOB..then bila dgr kata2 HAMBA ALLAH tu...rasa dia tak pernah bersyukur! Oh ya..maybe dia pernah melalui..its OK! Last ayat dr dia..'U nak pegi Belaga or u go back to Sabah'...Aku menerima cabaran itu..nak dijadikan cerita aku pulak mencabar dia..ok,saya akan pergi ke Belaga dgn syarat suami saya dipindahkan ke sekolah yg sama..Akhirnya,PPD bersetuju utk pindahkan Samuel ke sekolah yg sama dgnku dgn alasan aku perlukan penjagaan suami...(Alhamdulillah)

15 Jan 2012,bertolak ke Belaga seawal jam 5.45am dr bandar Sibu,tiba di Belaga sekitar jam 4pm..can u imagine??? Almost 12hrs dlm boat..Ya Allah,segala sakit aku rasa,tp hanya mampu bersabar dan bertahan,saat tu jugak kali pertama aku melalui jeram Pelagus yg sgt bahaya utk dilalui,dalam hati hanya berdoa supaya perjalananku ke sana dipermudahkan Allah..Tiba di pekan kecil Belaga,melihat sekeliling hanya la hutan belantara dan hanya terdapat beberapa bangunan kedai dan perumahan,aku dan suami terus check in hotel di sekitar pekan tu,kalau di bandar ni kira level rumah tumpangan la...sewa 1 malam RM35,condition not bad la,at least ada tempat berteduh..kepenatan perjalanan menaiki boat mmg sgt terasa,mlm tu terasa sakit satu badan dan rasa susah nak tidur,lewat malam aku terjaga,tiba2 rasa sayu hati memikirkan bagaimana aku nak melalui semua ni dgn keadaan yg sarat mengandung,berada di tempat sejauh itu,apa yang mampu aku lakukan??? Aku menangis dan Samuel terjaga...dia pun menangis melihat keadaan aku sebegitu..aku hanya berkata,aku terima semua ni..Allah itu Maha Besar..ujian ini hanya sekadar permulaan,Insyaallah anak dalam kandungan ini akan turut tabah melaluinya...Keesokkan harinya,bermula la kehidupanku sbg guru pedalaman...hingga ke hari ini...

Apa yg sgt mengecewakan,sehingga sekarang kami masih menyewa bilik di hotel berkenaan memandangkan ketiadaan rumah,bayangkan...dlmnya hanya ada sekadar single bed (cukup ke utk kami berdua d tambah keadaan aku yg tgh sarat),sebuah meja dan kerusi dan TV 14inch (tgk cara mendongak kepala)...tp bg kami ia da mencukupi,sikit pun kami x mengeluh...pernah kami try memohon,tetapi rumah yang diberi langsung tiada air..so how? Nasib la tauke hotel tu baik dan sgt memahami keadaan kami,dgn sewa RM380 sebulan,kami berdua hidup dgn sederhana..sedikit pun aku tak pernah mengeluh dgn keadaan itu..ada hikmah di sebalik tiap kejadian yg Allah berikan..bertahan la bila diuji...every two weeks aku terpaksa balik ke Sibu utk checkup baby,time tu hanya menggunakan boat sj,bayangkan perjalanan pergi dan balik..Ya Allah...aku hanya mampu mengenggam erat tangan Samuel..apa yg menyedihkan klinik di Belaga tidak menerima medical case utk 1st baby,jd aku terpaksa berulang alik every 2 weeks utk checkup..

1 May 2012,lahirnya Rayyan ke dunia ini,setelah melalui segala kesusahan.wpun dia lahir secara operate,its ok,yg penting dia selamat dilahirkan...bayangkan la bagaimana aku boleh bertahan dan menjadi tabah sehingga ke hari ini? Pengalaman itu mendewasakan aku,melihat tempat org byk mengajar aku erti kehidupan dan lebih menghargai hidup ini...menjadi guru pedalaman betul2 mencabar..dulu aku hanya mampu mendengar cerita org dan cerita dr suamiku sendiri tentang cabaran menjadi guru pedalaman..akhirnya..aku sendiri yg melaluinya..aku bersyukur diuji oleh Allah hingga ke tahap ini,sungguh besar keagungan Allah itu,walaupun byk cabaran yg aku tempuhi,Allah berikan aku rahmat dan harta yang tak ternilai iaitu Aleef Rayyan,ditambah lagi ditemukan jodoh dgn seorang lelaki yg sgt penyayang dan baik hati...semoga Allah sentiasa merahmati insan2 yang aku sayangi...Amin...




Setibanya di bandar Kapit,perjalanan dari Sibu-Kapit mengambil masa lebih kurang 3jam,Kapit hanya boleh dihubungi melalui sungai sahaja...



Tiba di pekan kecil Belaga jam 4pm...



Wharf Kapit..perjalanan dr Kapit-Belaga..lihat KM nya...paling terjauh



Suasana pagi di Belaga..besar sungguh ciptaan Allah

Monday, 6 August 2012

Rayyan turns 3months!

Alhamdulillah, August 1st, Rayyan da 3bln dgn berat 6.4kg dan ketinggian 62cm! You're so adoreable baby!

Ibu mana yg tak rasa terhiris hatinya bila berjauhan dgn anak yg masih baby lg,rs sentap di hati bila terpaksa melalui semua ni,pendek kata...sedeyyyyyyyy...Nasiblah Rayyan anak yg baik dan tak byk ragamnya,maybe dia phm keadaan parents nya yg bertugas jauh d luar pedalaman...

Nak dijadikan cerita,Rayyan di usia kandungan 5bln lg dia da melalui perit hidup coz tpaksa 'mengangkut' dia ke sana ke mari,turun naik boat 12jam,ikut jln kayu balak yg sgt teruk,berhujan berpanas d kwsn pedalaman,segalanya menuntut kesabaran,ms tu rasa bersalah sgt pd Rayyan sbb dia terpaksa melalui segala kesukaran ni,mest org akan bertanya...

"sanggupnya ko pegi jauh2 mengajar...."

Ya,sanggup! Itu yg paling utama sbb niat da set awal2,takdir seorg GURU,sekolah byk 'cawangan' nya..sethn I posting d sekolah bdr (Lahad Datu),berjauhan dgn suami,every month fly to Sibu,fly on Friday then balik on Sunday..penat tak? Allah sj yg tau...Turun naik flight mcm da jd rutin dlm hidup,tak kisah la,janji dpt jumpa dgn suami,that time pulak tgh pregnant,redah je org ckp! Rs bersyukur sbb Guru Besar time tu sgt prihatin dgn keadaan I,dia atur semua jadual utk I fly every month ke Sibu,mana nak dpt GB mcm tu,TQ so much! Hanya Allah yg dpt membalasnya...

Pengalaman berbulan2 turun naik flight akhirnya dpt good news pd 31 December 2011...

"Tahniah Cikgu Rohayah,perpindahan anda ke Sarawak diluluskan"

Ya Allah,akhirnya! Rezeki anak...dpt stay dekat dgn suami,then dpt pulak tau satu sekolah dgn hubby,lg la rs bersyukur,even jauh d pedalaman,I tak kisah,janji dpt bersama,tu lebih dr memadai...yg susah pun jd senang! mcm2 pengalaman dilalui sepjg berada di rantau org,for me...its OK,never give up! I ada great husband yg sama2 susah dan senang..and the most...I ada Rayyan yg sgt2 comel!

NOW,Rayyan semakin membesar,pengorbanan km suami isteri terlalu byk demi melihat anak dpt hidup senang..terpaksa berjauhan utk make sure Rayyan dpt tempat yg selesa...Alhamdulillah,menahan kerinduan pd Rayyan sgt manis utk dikenang...




To our luvly Rayyan..momy and daddy luv u so much! Grow like a CHAMPION baby!

Saturday, 16 June 2012

'Aleef Rayyan Aleef Samuel'


31 Mei 2011,hidup kami bermula,penyatuan dua hati,cincin sebagai pengikat kasih,inilah bukti cinta kami berdua...31 Mei 2012 genap setahun usia perkahwinan kami,bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana diberikan kebahagiaan yg tidak terhingga,setahun berlalu...cinta kami makin utuh dan Alhamdulillah segala kepayahan kami dapat harungi bersama,itulah kuasa cinta,hanya MATI memisahkan kami...Perkahwinan ini diserikan lagi dengan kehadiran anugerah Allah yang tidak ternilai pada 1 Mei 2012 (sama date bday dgn aku),lahirnya bukti cinta kami ke dunia ini dan si comel itu diberi nama ALEEF RAYYAN...wpun aku terpaksa melalui ceaserian,but its ok,apa yang penting baby lahir dgn selamat..hanya Allah saja yang mengetahui perasaan ku waktu itu,namun suami tetap menemani di sisi sehinggalah proses pembedahan tamat,dia memberikan ku semangat wpun pd waktu itu degupan jantung ni seakan turun naik dibuatnya..Ya Allah,sukar utk aku gambarkan...the best part??? tadddaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..sempat lg kami posing ok!


Photo taken by: Doctor Bius time tuuu..TQ doc! U did a great JOB! 

Dengar je suara budak comel tu nangis,Ya Allah,itu ke dia??? perasaan ni rasa mcm nak bgn dr katil bedah tu..trus nak capai baby tu..(mengarut je kan) hihihihihihi...sabar sabar sabar! da settel smua baru la dpt jumpa baby tu..makkkk aiiii..pehal mata sepet ni???? hahahahahaha..more story to come! Stay tune! lalalalalalalalalalalala (sory lambat hapdet blog..maklumlah mommy bz)

XOXO!


Tuesday, 13 September 2011

'MIRACLE'

Wow! Almost 2 months tak update this blog,macam2 hal yang agaknya terlepas pandang untuk dikongsi bersama,sama ada kesedihan atau kegembiraan.Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kita masih lagi berada di bulan Syawal,masih mood raya lagi just terpaksa hold sebentar untuk menyambung tugas2.Buat pertama kalinya aku beraya sebagai seorang isteri dan ini juga merupakan raya pertama buat suamiku Aleef Samuel,sungguh tak terkata kebahagian yang kami rasakan,dpt beraya bersama dengan keluarga,walaupun agak sederhana tapi tahun ni lain dari yang lain.Alhamdulillah,suami dapat menjalankan ibadah puasa dengan baik,walaupun tak sesempurna mana,tapi bagi pertama kali melaluinya seharusnya aku berbangga! Tahniah B!

Abis pasal raya,kali ini aku nak berkongsi moment yang tak mungkin aku lupakan sampai bila2.Perubahan pada diri mula terasa,akhirnya aku mengambil keputusan untuk buat PREGNANCY TEST,syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT dengan rezeki yang diberikan olehnya d bulan Syawal ini,I'm pregnant!!!!!! Setelah dapat result tu,orang pertama yang aku hubungi tak lain tak bukan DADDY kpd bakal baby yang lahir ni,of course my hubby! Dia sgt terkejut dan tak sangka dengan semua ni,sesungguhnya tiada ayat yang dapat menggambarkan perasaan kami,syukur Ya Allah...Kini usia kandungan 5 minggu lebih kurang sebulan lebih,Insyaallah semuanya akan baik2 saja.Sebagai seorang guru sememangnya tanggungjawabku amat besar,aktiviti hujung tahun sangat2 banyak,tapi kandungan tetap menjadi keutamaan,maklumlah 1st baby.kekekeke.Tapi tu bukan alasan untuk aku lari dari tanggungjawab,KEJA TETAP KEJA!

Hurmmmm,rasanya itu saja buat masa ini,soal morning sickness ke,apa ke,rasanya aku belum mengalaminya lagi,tp demam2,pening2,flu,batuk2 perkara biasa lah,comfirm dapat punya,buat rakan2 di luar sana yang bakal jadi ibu,jaga diri baik2,jaga kandungan baik2,pesanan ini sememangnya untuk diriku jugak...kekekekekeke,Terima Kasih Ya Allah dengan keajaiban ini...

Muaaaahhhhhxxx!!!!!